Politik

Pas hanya menang di kubu sendiri, bukan referendum rakyat tolak kepimpinan PM

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman tidak membuktikan referendum rakyat berpihak kepada Pas dan PN.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK itu bukti penolakan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Kamil berkata, kejayaan Pas mengekalkan status-qou di Parlimen Kemaman yang merupakan kubu mereka sendiri bukan sesuatu yang luar biasa atau boleh dibanggakan secara berlebihan.

“Menang di kubu sendiri bukanlah sesuatu yang luar biasa. (DUN) Pelangai kelmarin tak dikira referendum pula. Lain la kalau menang di (Parlimen) Subang,” katanya menerusi laman X beliau.

BACA LAGI: Affandi zahirkan penghargaan kepada pengundi, penyokong

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihanraya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Alias Che Hamid dari Pas setelah mendapati wujudnya unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Ahmad Samsuri memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 37,220, setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Related Articles

Back to top button