hiburan

Pelawak Mat Sentol diberi Anugerah Kehormat Permata Dunia MMU

Pelawak veteran sejak era 1950-an, Mat Sentol, 90, dianugerahkan Anugerah Kehormat Permata Dunia oleh Universiti Multimedia (MMU).

Penganugerahan itu disempurnakan Pro Canselor MMU, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid bersempena Majlis Konvokesyen universiti itu pada Ahad.

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rasip Yahya bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut disebabkan keuzuran dan masalah kesihatan.

BACA LAGI: Wan Ayden Maleeq, anak Malaysia pertama juara Run Bike Series Jepun

Cucu pelawak tersebut, Ain Akashah Rosarif, 26 mewakili keluarga bagi menerima anugerah tersebut.

“Saya sangat bangga dengan anugerah diberikan kepada datuk kerana ia pengiktirafan sangat tinggi kepadanya sepanjang berada dalam dunia seni.

“Walaupun datuk sudah tak aktif dalam bidang seni kerana sudah berumur dan uzur, masih ada pihak mengingatinya. Terima kasih MMU atas penganugerahan ini yang dapat dijadikan kenangan kepada ahli keluarga lain dalam mengenang usaha dan kegigihan datuk sepanjang terbabit dalam bidang seni,” katanya.

Ain Akashah pernah berlakon dalam iklan, antaranya Tora dan Dendang Datang Lagi bersama datuknya, berkata dia dan Mat Sentol sangat rapat serta sering bertukar pendapat mengenai seni dan kerjaya.

Related Articles

Back to top button