Politik

Zahid Hamidi nafi letak jawatan politik, hidap kanser

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan dalam politik kerana masalah kesihatan.

“Saya sendiri pun tidak tahu yang saya akan melakukan perkara itu (meletakkan jawatan),” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di Putrajaya, hari ini.

Zahid Hamidi bagaimanapun mengakui beliau menjalani prosedur pembedahan prostat baru-baru ini.

“Saya memang ada menjalani prosedur pembedahan prostat. Ya semua orang laki-laki ada. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam- macam ya. Jadi, Alhamdulillah saya sihat atas doa semua”, katanya.

Minggu lalu, Zahid Hamidi kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 19 November lalu, anak Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November lalu.

Related Articles

Back to top button