Sukan

Jaguh pelari negara pecah rekod dalam acara Canton Tower Run Up di Guangzhou

Jaguh pelari menara negara Soh Wai Ching mengharunkan nama Malaysia apabila berjaya menakluk Menara Canton setinggi 450 meter (m) pada kejohanan 10th Canton Tower Run Up di Guangzhou, China pada Ahad.

Dalam acara perlumbaan membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara itu, pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian dalam masa 14 minit 23 saat (s).

BACA LAGI: Liga Super 2023: Selangor FC tumpaskan Kedah Darul Aman

Kejayaan itu sekaligus memecahkan rekod sebelumnya yang dilakar pelari Cina Zeng Wen Bo (14:36s).

“Bangga dapat mengibarkan bendera Malaysia di atas podium di Menara Canton dan pada masa sama memecahkan rekod dari 14:36s ke 14:23s,” kata Wai Ching menerusi hantaran Facebook beliau.

Sementara itu Wen Bo terpaksa berpuas hati di tempat kedua (14:30s), manakala rakan senegaranya Li Zhi Sen muncul sebagai ketiga terbaik (15:00s).

Wai Ching bagaimanapun terlepas peluang untuk meraih kemenangan berganda di Guangzhou semalam apabila sekadar mendapat tempat kedua dengan catatan masa 16:36s di belakang juara Ye Zhao Bang dari China (16:23s) pada acara akhir International Vertical Marathon di Guangzhou CTF Finance Center Station.

Related Articles

Back to top button