Politik

Kemenangan Ahmad Samsuri tak bawa makna apa-apa, Pas jangan mimpi siang hari

Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu disifatkan tidak membawa apa-apa nilai tambah kepada parti itu.

“Kawasan kemaman itu dulu siapa menang….Pas kan? Baru ni (semalam) siapa menang…Pas. Jadi ia tiada nilai tambah lah.

“Jadi tiada apa-apa (isyarat) kerana tiada bertambah apa-apa (tambahan kerusi kepada Kerajaan Perpaduan) Jadi kerana itu ia tidak beri sebarang isyarat apa-apa,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas dakwaan beberapa kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa kemenangan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai memberi gambaran sebenar penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Sementara itu tambahnya, perkara akan berlaku sebaliknya jika Barisan Nasional (BN) menang pada PRK Kemaman.

“Ini cuma bertukar wakil rakyat dan sekarang (semalam) penduduk disitu menangkan semula PN. Jadi, tiada isu apa-apa. Saya ucapkan tahniah atas kemenangan itu,” katanya.

BACA LAGI: Pas hanya menang di kubu sendiri, bukan referendum rakyat tolak kepimpinan PM

Pas mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihanraya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Alias Che Hamid dari Pas setelah mendapati wujudnya unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut sependapat dengan Saifuddin.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana bagaimana 64,998 undi mewakili Ahmad Samsuri di Kemaman boleh dianggap sebagai satu referendum rakyat.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman.. Jadi kita harap mereka (Pas) tidak bermimpi di siang hari,” katanya.

Related Articles

Back to top button