Negeri

Kerajaan Sabah tumpu pembangunan modal insan dengan peruntukan hampir RM500 juta

Kerajaan Sabah akan menumpukan kepada pembangunan modal insan mulai tahun hadapan dengan peruntukkan RM474.55 juta

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara keutamaan program pembangunan modal insan tersebut antaranya membabitkan pemberian biasiswa dan geran pendidikan.

Kerajaan negeri juga jelasnya memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban golongan belia melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) seperti bantuan tunai sekali beri untuk membayar yuran pendaftaran di bawah program Bantuan Pendaftaran IPT (Budi).

“Inisiatif itu dilakukan kerana keperluan dan kebajikan pelajar adalah agenda utama kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan bersempena majlis penutup Sukan Masiswa Zon Sabah 2023 di Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

BACA LAGI: PM Anwar pemimpin yang benar-benar serius realisasikan MA63- penganalisis

Mengenai perkembangan terkini UCSF, beliau yang juga Canselor UCSF berkata akan menyokong sepenuhnya perancangan universiti untuk mewujudkan kampus di luar Kota Kinabalu.

“Selaku Canselor UCSF, saya sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan tinggi di Sabah dan institusi milik kerajaan negeri.

“Saya mengambil maklum perkara positif yang diumumkan Naib Canselor dan sebagai susulan kepada keputusan kerajaan negeri untuk menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan.

“Saya difahamkan Pusat Kajian Pembangunan UCSF sedang menjalankan beberapa penyelidikan. Saya percaya dengan keupayaan dan kekuatan penyelidikan sekarang, UCSF mampu menghasilkan penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian,” katanya.

Melalui kenyataan sama, Hajiji turut menyeru pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan awam untuk terus menyokong proses pembangunan kerajaan negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memastikan semua agenda pembangunan dalam pelan Hala Tuju SMJ berjaya dilaksanakan.

Related Articles

Back to top button