Semasa

Pelaksanaan IDN bakal bawa penjimatan puluhan juta ringgit – Fahmi Fadzil

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) dijangka bakal memberi penjimatan puluhan juta ringgit kepada kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil ketika mengulas mengenainya berkata, IDN yang dibangunkan di bawah Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Bhd) bukan sahaja menjimatkan, malah memastikan data pengguna dapat disimpan dengan lebih selamat, mengurangkan pertindihan, dan pada masa sama memperkasakan perkhidmatan awam.

IDN juga akan menyepadukan sistem data merentas pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan aliran maklumat yang lancar antara jabatan.

“MyDigital ID salah satu kunci utama kenapa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memerlukan sistem ini.

“Sistem pelanggan (dikenali) EKYC adalah sesuatu yang menelan belanja agensi kerajaan jutaan ringgit setiap kali mahu disatukan dalam aplikasi. Bayangkan setiap kali kita nak buat satu aplikasi pendaftaran yang berbeza-beza mengikut kementerian, jabatan dan agensi.

“Selain daripada MyDigital ID tak ada tanam cip dan rakam apa-apa (seperti cap jari pengguna), sistem itu sebenarnya untuk menjimatkan, mungkin berpuluh juta ringgit untuk pembinaan atau pembangunan aplikasi baharu,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Data peribadi rakyat Malaysia adalah selamat di bawah Identiti Digital Nasional

Fahmi berkata begitu dalam ucapan pada Forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap Dan Berkesan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Terdahulu beliau yang juga jurucakap kerajaan menegaskan pelaksanaan IDN di Malaysia disifatkan sebagai jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India, selain keselamatan data pengguna adalah terjamin.

Related Articles

Back to top button