Negeri

Penjawat awam Pahang terima bonus sekurang-kurangnya RM2,000

Penjawat awam di negeri Pahang bakal menerima bantuan khas kewangan satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2024 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kuantan pada Isnin.

Jelas Wan Rosdy, bantuan tersebut merupakan tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada seluruh penjawat awam di negeri itu yang terus memberikan dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah.

“Sikap profesionalisme dan saling hormat menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan negeri kekal maju dan makmur,” katanya.

BACA LAGI: Penjawat awam Negeri Sembilan terima bonus satu bulan setengah gaji

Sementara itu Wan Rosdy turut mengumumkan pemberian insentif RM100 kepada murid Tahun Satu di negeri itu yang akan membabitkan 22,000 penerima dengan jumlah keseluruhan peruntukkan RM2.2 juta.

Pemberian serupa turut akan melibatkan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membabitkan 18,000 calon SPM dan 3,500 calon STPM dengan peruntukan sebanyak RM2.15 juta.

“Pelajar tahfiz juga menerima RM100 seorang membabitkan 8,800 orang yang berjumlah RM880,000. Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti menerima RM400 berbanding RM300 tahun ini, membabitkan 35,464 penerima dengan jumlah RM14.18 juta.

Selain itu, katanya, sumbangan untuk mengambil lesen motosikal kepada anak muda berusia 18 hingga 21 tahun sebanyak RM200 seorang, membabitkan 3,600 penerima yang berjumlah RM720,000.

Related Articles

Back to top button