Semasa

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Tawaran diskaun saman trafik, perkhidmatan LRT

Bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus.

Tawaran itu akan bermula 8 hingga 10 Dis ini dan hanya boleh dibuat di kuanter semakan dan pembayaran trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

“Pembayaran kompaun bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Dis (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Dis (Sabtu dan Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBAYAR PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelak kesesakan di lokasi dan seterusnya melancarkan proses pembayaran saman,” katanya.

BACA LAGI: MOF ingatkan orang ramai waspada tawaran tebus kredit eMadani melalui media sosial

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu diadakan bertujuan untuk menyampai dan menyebarkan dasar-dasar kerajaan secara terus supaya rakyat lebih memahami.

Sebanyak 102 perkhidmatan kerajaan dibawa secara langsung kepada rakyat di bawah satu bumbung

Kerajaan pada Isnin turut mengumumkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi semua pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menghadiri program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Related Articles

Back to top button