ekonomi

Kerajaan pertimbang teruskan eMadani, tambah STR dan banyakkan Jualan Rahmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pentadbirannya akan meredakan sebarang kenaikan harga barang atau petrol akibat pelaksanaan subsidi bersasar.

Selain meningkatkan suntikan tunai rahmah (STR), kerajaan juga jelasnya turut mempertimbangkan untuk meneruskan program eMadani bagi membantu golongan M40 menangani kesan kenaikan harga barangan selepas penyasaran subsidi khususnya untuk minyak dilaksanakan.

“Jumlah 10 juta (penduduk) itu adalah mencecah (termasuk) M40…faedah yang kita beri suntikan ini seperti RM100 melalui e-Madani dan kita akan teruskan,” katanya dalam Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri.

BACA LAGI: Kerajaan pertimbang teruskan eMadani, tambah STR dan banyakkan Jualan Rahmah

Mengulas lanjut beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melihat bantuan tunai adalah lebih baik berbanding pemberian subsidi secara pukal yang ia turut dimanfaatkan golongan kaya yang mewakili 10 peratus daripada penduduk negara ini, selain sekitar 3.5 juta warga asing.

“Kalau ada penyasaran (subsidi) minyak, kita juga akan perkenalkan kaedah yang sama. Kalau naik, minyak orang guna RM100 sebulan, kita akan tampung RM100 supaya tidak terkesan.

“Harga nampak naik tetapi kita tampung dengan dana suntikan STR,” jelasnya sambil memaklumkan suntikan dana Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 juga akan ditingkatkan bagi menampung kesan pelaksanaan penyasaran subsidi.

Selain itu jelasnya, Program Jualan Rahmah yang kini diadakan di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara juga akan dipertingkatkan bagi mengurangkan beban rakyat.

Related Articles

Back to top button