Semasa

KPKM jamin bekalan makanan mencukupi menjelang Ramadhan, Aidilfitri

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan daging lembu di seluruh negara mencukupi menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun depan.

Timbalan menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, bekalan daging tempatan ketika ini mampu dihasilkan sehingga 250,000 tan metrik setahun.

Jelas beliau, jumlah itu mungkin tidak besar namun masih mencukupi bagi pasaran terutama ketika musim perayaan.

“Selain pengeluaran lembu tempatan, kita masih menggunakan daging import dari luar negara.

“Justeru, bekalan daging lembu setakat ini dijamin mencukupi menjelang bulan puasa dan Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata begitu ketika ditemui selepas merasmikan program ‘The Cattle Ranch’ di Taman Botani Negara pada Selasa.

BACA LAGI: Bekalan ikan dijamin mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut – DOF

Sementara itu Foong Hin menyatakan harapan pengeluaran daging tempatan dapat ditingkatkan bagi mencapai sasaran 50 peratus daging (SSR) menjelang 2025.

“Pada waktu ini, Malaysia hanya mempunyai kira-kira 24 peratus SSR berkenaan setiap tahun. Kita berharap jumlah itu dapat dipertingkatkan lagi antaranya dengan memperluaskan ternakan lembu secara fidlot bagi memenuhi keperluan bekalan tempatan dan eksport,” ujarnya.

Dalam pada itu, Foong Hing berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyalurkan peruntukan RM8.2 juta bagi 255 usahawan memiliki 11,000 ternakan lembu sejak 2015.

“Saya turut berharap penglibatan belia terus dipertingkatkan untuk berkecimpung dalam sektor agro makanan dengan menawarkan penggunaan aplikasi berteknologi tinggi,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button