Nasional

Operasi LRT lanjut operasi, tawar diskaun 25 peratus sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2023

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada 8 Disember 2023 akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi (9 Disember 2023) sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Prasarana menerusi kenyataan memaklumkan, penyokong diminta hadir lebih awal ke Stadium Bukit Jalil sebelum jam 5 petang bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak petang.

“Ia bagi memberi keselesaan kepada penyokong dan juga warga kota yang ingin pulang dari pejabat.

“Selain itu, pengguna diingatkan untuk menggunakan kad TnG dan memastikan baki kad mencukupi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, diskaun tambang sehingga 25 peratus ke atas penggunaan token dan Touch ‘n Go sahaja bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan BRT ke/dari Stesen LRT Bukit Jalil sahaja.

Menurutnya, kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan.

Penyokong juga diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri dan untuk makluman lanjut, sila gunakan aplikasi PULSE atau layari media sosial rasmi Rapid KL serta laman web www.myrapid.com.my.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button