Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI jadi platform rakyat memahami pencapaian kerajaan
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menggesa orang ramai supaya hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang bakal bermula 8 hingga 10 Dis ini.
Program yang akan berlangusng dari jam 9 pagi hingga 10 malam di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu jelasnya akan menjadi platform terbaik bagi rakyat untuk menyaksikan dan memahami segala pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh satu tahun pentadbiran.
Menjurus kepada hari Kerajaan MADANI bersama pelanggan, program itu membolehkan rakyat mendapat informasi secara terus melalui reruai pelbagai kementerian.
“Ini platform yang akan kita manfaatkan untuk tingkatkan kesedaran umum tentang segala yang telah kita lakukan dan memberi kebaikan serta manfaat kepada rakyat.
“Selain itu, pelbagai pengisian ditawarkan antaranya mengenai Digital ID, malah pengunjung boleh mendaftar terus Digital ID mereka pada program ini,” katanya.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata begitu ketika menjadi etamu program Apa Khabar Malaysia: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Bernama TV.
BACA LAGI: Tawaran diskaun saman trafik, perkhidmatan LRT
ProgramSetahun Bersama Kerajaan MADANI dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Antara lain ia juga bertujuan membina keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.