Politik

Hubungan dan persefahaman parti dalam kerajaan bakal diperkukuh

Kerajaan Perpaduan bakal memperkukuh hubungan kerjasama antara parti dalam kerajaan.

Sehubungan itu konvensyen khas di peringkat negeri akan diadakan bermula Januari tahun depan, maklum Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

“(Ini) bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan,” kata dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tamat malam tadi.

Langkah itu diumumkan ketika beberapa pihak cuba meretakkan hubungan antara parti dalam kerajaan, susulan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman minggu lalu yang menyaksikan kekalahan calon dipertaruh Kerajaan Perpaduan melalui Umno.

Ia termasuk dari penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) Mahathir Mohamad yang mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP, sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.

BACA LAGI: Parti gabungan Kerajaan Perpaduan perlu sentiasa bermusyawarah

Sementara itu Asyraf turut memaklumkan, Umno akan mengadakan Kolokium Khas pada 6 Januari hadapan bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasa.

“Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya

Related Articles

Back to top button