Nasional

Malaysia jimat RM7 bilion guna sisa perhutanan bagi penjanaan tenaga – Fadillah

Malaysia dijangka mampu menjimatkan sehingga RM7 bilion menjelang tahun 2030 dengan mengunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, ini kerana penggunaan pelet biojisim dihasilkan daripada bahan buangan organik dikitar semula, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import arang batu.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menjelaskan, langkah berkenaan juga dapat memenuhi tuntutan terhadap keperluan sisa buangan organik untuk dijanakan sumber tenaga.

“Sebab itu apa yang kementerian kita (Kementerian Perldangan dan Komiditi) buat ialah ladang hutan, kita tanam pokok yang boleh tumbuh dalam lima tahun dan kemudian kita tuai hasilnya termasuk buluh yang efektif untuk buat arang.

“Kita tanam pokok yang boleh tumbuh dalam tempoh lima tahun dan kemudian kita tuai termasuk tanaman buluh. Buluh juga boleh dibuat sebagai arang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Biojisim Kebangsaan 2023 di Putrajaya, hari ini.

Pada majlis sama, Fadillah turut melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030) bagi memperkasa industri biojisim negara, yang disasar menyumbang RM17 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Jelasnya, PTBN2030 selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dalam menyasarkan pelaksanaan projek ‘co-firing’ di stesen janakuasa elektrik, iaitu pembakaran bahan api campuran antara arang batu dan pelet biojisim.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button