Sukan

Messi dinobat sebagai Atlet Terbaik Tahunan 2023 oleh majalah Time

Lionel Messi dinobat sebagai ‘Atlet Terbaik Tahunan’ bagi 2023 oleh majalah TIME.

Pengiktirafan itu diberi selepas Messi semerlang dengan dianugerahkan Ballon d’Or kali kelapan serta perpindahannya ke kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami.

Bintang Argentina itu menjadi pencetus transformasi sukan di Amerika Syarikat, yang secara sejarahnya lewat menerima sukan bola sepak.

Messi, 36, melakukan penampilan sulung buat Miami pada Julai lalu susulan perpindahan dari Paris Saint-Germain (PSG).

Pemenang Piala Dunia itu juga menolak tawaran lumayan ke Arab Saudi untuk memberi laluan kepada musim baharu dalam MLS.

Kapten Argentina itu telah mengubah nasib Miami dalam memainkan peranan utama membantu pasukan memenangi Piala Liga-Liga, pertandingan membabitkan kelab dari MLS dan liga utama Mexico.

Messi menamatkan kempen dengan 11 gol dalam 14 perlawanan bagi semua pertandingan.

Messi berkata: “Keutamaan pertamanya selepas PSG adalah kisah dongeng untuk kembali ke Barcelona, tetapi langkah itu terbantut atas kewangan kelab.

“Saya cuba untuk kembali, dan ia tidak berlaku sambil menambah bahawa ‘banyak berfikir’ berkenaan menyertai gelombang pemain luar negara yang sudah menuju ke Liga Pro Saudi.

“Ia adalah Arab Saudi atau MLS, dan kedua-dua pilihan kelihatan sangat menarik bagi saya,” kata Messi kepada majalah Time.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button