Politik

MKT Umno terus dukung Kerajaan Perpaduan, sokong kepimpinan PM Anwar

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu memutuskan untuk terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mempertahankan kerajaan perpaduan

Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu kenyataan malam tadi berkata, ketetapan itu dibuat sebagaimana diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung umno pada 14 Januari 2023.

“Mesyuarat (MKT) juga memperakukan bahawa semua ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perdana meneri dan kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya.

BACA LAGI: Veteran UMNO seru rakyat berdiri teguh bersama PM Anwar bela Palestin

Sementara itu, Asyraf juga berkata mesyuarat MKT Umno malam ini juga bersetuju untuk menganjurkan konvensyen kerajaan perpaduan di negeri-negeri bermula Januari tahun depan.

“Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia, Mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri-Negeri bermula Januari 2024,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button