Semasa

Inisiatif oleh KPDN antara faktor turunkan kadar inflasi

Hanya dalam tempoh setahun, Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menurunkan kadar inflasi dan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Pelbagai inisiatif dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menjadi antara faktor penurunan Kadar Inflasi dan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, kejayaan itu adalah dari pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan termasuk oleh KPDN sendiri.

“Sub kategori makanan dalam dan luar rumah adalah penyumbang utama kepada inflasi dan KPDN mengambil inisiatif mewujudkan Menu Rahmah dan Jualan Rahmah.

“Melalui inisiatif itu, IHP untuk sub kategori makanan luar rumah menurun dari 9.6 peratus pada Disember lalu kepada 5.6 peratus.

“KPDN percaya inisiatif ini berjaya kerana data tidak menipu dan ia ukuran sebenar,” katanya.

BACA LAGI:Inisiatif Payung Rahmah jadi jenama popular KPDN

Fuziah sebelumnya hadir merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 dan kerjasama mengeksport produk Malaysia ke luar negara di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebagai rekod, kadar inflasi negara ketika Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran pada Disember tahun lalu adalah pada paras empat peratus.

Hasil kerja keras dilaksana kerajaan, kadar inflasi telah berjaya diturunkan ke paras 1.8 peratus pada Oktober lalu

Sementara itu, ketika menyentuh isu semasa Fuziah berkata pihak kementerian sedang berusaha menambah stok bekalan asas di negeri berisiko banjir.

Usaha itu dengan melantik pemborong dan peruncit dan menambah sebanyak 30 peratus stok bekalan sebagai persediaan menghadapi banjir.

“Setakat ini, tiada aduan berkenaan kekurangan bekalan dan sekiranya berlaku banjir besar, kita bersedia dengan memberi pemborong dan peruncit lesen khas untuk menambah bekalan.

“Saya sendiri sudah turun padang di Kelantan dan Pahang dan mereka sudah melantik pemborong dan peruncit,” katanya.

Related Articles

Back to top button