Sukan

Johan Ghazali tewaskan Edgar Tabares dalam masa 36 saat

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau dikenali Jojo, berjaya menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primetime US, ONE Championship pada Sabtu.

Petarung sensasi muda negara itu, hanya memerlukan 36 saat untuk menundukkan lawannya yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC menerusi ‘knockout’ pada pusingan pertama dalam pertarungan ONR Fight Night 17 di Stadium Tunju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Johan melakukan serangan melalui dua tumbukan di muka dan satu di rusuk Tabares menyaksikan lawannya itu tumbang dan tidak dapat meneruskan aksi.

Johan yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.

Petarung berusia 17 tahun itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.

Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.

Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button