ekonomi

Kementerian Ekonomi fokus reformasi dasar mulai 2024

Kementerian Ekonomi bakal memberi fokus kepada reformasi dasar ekonomi dengan memberi penekanan terhadap beberapa kategori utama mulai tahun hadapan.

Menterinya, Rafizi Ramli berkaya, langkah reformasi dasar itu bagi mengukuhkan tahap kedudukan kewangan negara supaya ia menjadi lebih baik.

Jelasnya, tumpuan khusus akan diberikan terhadap beberapa kategori besar antaranya yang melibatkan pekerja dan juga pasaran kerja negara.

“Untuk tahun 2024, Kementerian Ekonomi dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan akan memfokuskan kepada perancangan dan reformasi ekonomi.

“Keputusan dibuat dengan merancang dan mengenal pasti bagi membangunkan industri-industri bernilai tinggi dengan matlamat mencipta pertumbuhan dalam sektor baharu,” katanya.

BACA LAGI: Tiada diskriminasi terhadap mana-mana negeri – Nik Nazmi

Rafizi sebelumnya ditemui pemberita pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula semalam sehingga Ahad ini.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beberapa usaha dilakukan dan ditekankan untuk tahun hadapan iaitu antaranya pengurangan secara tersusun pergantungan kepada pekerja asing dan peningkatan penglibatan pekerja tempatan.

Dasar gaji progresif yang diperkenal kerajaan juga jelasnya merupakan sebahagian daripada strategi utama kerajaan.

“Ini merupakan antara tumpuan reformasi untuk tahun 2024,” katanya.

Related Articles

Back to top button