Nasional

2,863 individu sudah disaring menerusi program MADANI Afiat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menyaring 2,863 individu menerusi program MADANI Afiat di tujuh negeri iaitu Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang, kata Dr Zaliha Mustafa.

Melalu saringan itu, Menteri Kesihatan berkata, jumlah penyakit paling tinggi yang dikesan ialah hipertensi iaitu 1,041 orang atau 36.36 peratus, diikuti 771 orang dikesan mendapat diabetes (26.93 peratus), 695 individu berisiko mendapat hipertensi (24.28 peratus) dan 417 orang berisiko mendapat diabetes (14.56 peratus).

“KKM cuba menjalankan saringan itu sebanyak mungkin dan sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, sebanyak 380 rumah lagi akan disaring.

“Saringan itu akan merangkumi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil dan Apartment Kuchai Lama. KKM turut mendapat kerjasama daripada persatuan penduduk Salak Selatan dan saringan secara besar-besaran akan dilakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan.

“Di dewan berkenaan, kita juga sediakan perkhidmatan pemberian imunisasi COVID-19 bagi mereka yang masih belum mendapatkannya, selain memyediakan saringan pengesanan awal kanser serviks (HPV),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Mobiliasasi Madani Afiat dan Ujian Saringan Kesihatan sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, hari ini.

Program MADANI Afiat hari ini akan membabitkan seramai 135 anggota yang terdiri daripada jururawat pelatih Institut Latihan KKM, jururawat kesihatan, jururawat kesihatan pergigian dan 50 pegawai farmasi

Saringan kesihatan yang dilakukan ini bertujuan untuk mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button