Anwar

Gerakan Islam perlu kerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh beri pencerahan kepada umat – PM Anwar

Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran barat yang kuat, gerakan itu perlu menumpukan pengisian daripada sudut peningkatan kefahaman mendalam.

“Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Perkara itu disampaikan beliau pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

Anwar turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu.

Majlis tersebut turut dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button