Negeri

Karnival RAHMAH Kasih Sayang Bangsa Johor meriah, tawar potongan harga buat pengguna

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah menganjurkan Program Karnival RAHMAH Kasih Sayang Bangsa Johor Tahun 2023 yang diadakan di Perkarangan Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada Sabtu.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh dalam satu kenyataan selepas sesi walkabout di karnival itu berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan empat (4) pemain industri utama dari Johor bagi menjayakan program itu dengan lebih daripada 40 barangan telah ditawarkan potongan harga.

“Program kali ini telah menjalin kerjasama dengan empat (4) pemain industri utama dari Johor iaitu Pasaraya Hwa Thai, Pasaraya Maslee Express, Mars Global Sdn Bhd (pemborong ayam) dan Sourich Trading.

 “40 item dengan mendapat potongan harga melibatkan barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak paket, tepung, telur ayam, ikan, ayam, beras, buahbuahan, sayuran dan lain-lain,” jelasnya Fuziah.

BACA LAGI: Kerajaan pertimbang teruskan eMadani, tambah STR dan banyakkan Jualan Rahmah

Melalui kenyataan sama, beliau turut memaklumkan program kali ini turut disertai 20 peniaga food truck yang pelbagai jualan Menu RAHMAH dengan tawaran harga sebanyak RM5.00 bagi setiap hidangan menu terpilih.

Turut diadakan juga Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang bertujuan memperkasa dan membantu para usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka serta memperkenalkan produk keluaran tempatan ke dalam pasaran.

“KBBM kali ini melibatkan penyertaan seramai 30 usahawan kecil dan sederhana yang menghasilkan pelbagai jenis produk dengan usahasama daripada Negeri Melaka, Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kraf Johor,Perbadanan Usahawan Negeri Johor dan KEJORA.

“Usaha Kerajaan dalam memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) turut sama mendapat sokongan dan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Bank Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor, Touch N Go dan Maybank yang mengadakan sesi advokasi dan pendaftaran para peniaga di sekitar Bandaraya Pasir Gudang ke arah pembayaran tanpa tunai (cashless payment) melalui aplikasi e wallet sebagai pilihan alternatif kepada pengguna,” tambahnya.

Fuziah turut memberitahu setakat kini, KPDN telah penganjuran program itu dibuat di kesemua 26 Parlimen dan 56 kawasan DUN di negeri itu dengan nilai jualan melebihi RM21 juta.

Justeru beliau  mempelawa dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan dalam membantu rakyat.

Related Articles

Back to top button