Anwar

Kerjasama parti Kerajaan Perpaduan kukuh, sukar ‘tebuk atap’ – PM Anwar

Kerjasama semua parti dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini disifatkan sangat baik dan kukuh sekali gus menyukarkan berlakunya gerakan ‘tebuk atap.’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini beliau bersama Jemaah Menteri tiada sebarang pertelagahan dalam pentadbiran negara biarpun berbeza parti politik.

“Soalan itu kerana takut ada ‘tebuk atap’ (tetapi) sekarang ini bumbung kita bumbung konkrit (menyifatkan Kerajaan ketika ini mempunyai hubungan kerjasama yang baik dan kukuh).

“(Malah) saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas nama perbezaan parti. Insya-Allah kita ada kekuatan sekarang (kerana) kita tumpu bukan pertelagahan parti politik, tetapi bagaimana mengangkat martabat negara. (Jadi) yang terdesak akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri pada majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua parti Kerajaan Perpaduan memberi sokongan sepenuhnya kepada Anwar untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan.

“Dalam setiap mesyuarat sekretariat sudah memberi laporan bahawa jika ada perbezaan pandangan di akar umbi, ia bukan pendapat atau pendirian parti tetapi individu,” katanya.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button