Semasa

PEDi bakal ditambah baik, tingkat penyertaan usahawan muda

Kerajaan bakal menambah baik Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam sektor ekonomi digital.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, PEDi merupakan pemangkin kepada ekonomi digital di peringkat akar umbi dan sebuah platform untuk menggalakkan masyarakat menjana pendapatan di lokasi setempat.

“Kita nak lebih ramai anak muda terutama yang lelaki, sebab kita lihat usahawan ramai dalam kalangan wanita.

“Lebih daripada itu, hasrat saya ialah menunjukkan bahawa untuk terlibat dalam ekonomi digital, kita tidak perlu meninggalkan kampung halaman, kerana di mana sahaja kita berada kita boleh mendapat manfaat dan pendapatan yang baik,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau ditemui di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

BACA LAGI: Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi ditambah

PEDi ialah inisiatif KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi, yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Kerajaan menurut Fahmi menyasarkan 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara melalui inisiatif PEDi pada tahun depan.

Related Articles

Back to top button