hiburan

Jaclyn Victor dinobatkan juara All Stars Gegar Vaganza

PENYANYI Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sekali gus mengenepikan enam peserta lain.

Pada minggu akhir ASGV yang berlangsung penuh berprestij di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi, penyanyi berusia 45 tahun itu membawa pulang hadiah hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 selain hadiah iringan berupa pakej percutian ke Switzerland, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London, baucer dekorasi ruangan, trofi.

Beliau turut menerima hadiah Bintang Paling Power Meow berupa wang tunai RM3,000 dan Produk Adabi bernilai RM500.

BACA LAGI: Pelawak Mat Sentol diberi Anugerah Kehormat Permata Dunia MMU

Jac tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey, manakala duet bersama Datuk Jamal Abdillah (Sandarkan Pada Kenangan) dan di pusingan battle menyanyikan lagu Let’s Kill This Love (bersama Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok).

Sementara itu, tuah menyebelahi penyanyi Naqiu menerima Anugerah Pilihan Bos Susu dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta Bintang Cuckoo Paling Gempak pada awal program.

Manakala Siti Nordiana menjadi pilihan peminat untuk menerima Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi.

Pihak Astro turut mengumumkan, semua peserta membawa pulang RM10,000, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan serta trofi iringan.

Related Articles

Back to top button