Anwar

PM Anwar mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan pada 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama penjawat awam menuju tahun baharu hari ini, mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di Putrajaya yang terakhir sebelum tahun baharu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.

“Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam MADANI, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau.

“Kita bina daripada kekuatan itu dan kita tinggalkan berlebih-lebihan yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baru sejarah negara,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed. – Bernama

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button