Semasa

‘Beri Anwar peluang buktikan kemampuan’, titah Sultan Ibrahim

Rakyat negara ini diseru memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat seruan itu dalam temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura seperti dilapor.

Baginda Sultan turut meminta rakyat bertindak rasional dalam menilai perdana menteri, kerana titah baginda, tidak mungkin Anwar mampu membuat perubahan mendadak dalam tempoh hanya satu tahun.

BACA LAGI: Sultan Ibrahim tekad lawan rasuah, hentikan ketidakstabilan politik dicetuskan ‘perenggus’

Sultan Ibrahim bakal menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Oktober lalu.

Sementara itu, Sultan Ibrahim menjangkakan tidak akan ada masalah bekerja dengan Anwar sepanjang pemerintahannya kerana baginda mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri itu.

Baginda bertitah, Anwar kadangkala menghubunginya untuk mendapatkan nasihat, walaupun pada tengah malam.

“Saya akan menyokong kerajaan, namun jika saya fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan memberitahu mereka,” titah baginda seperti dilapor media.

Related Articles

Back to top button