Sukan

KBS sambut baik cadangan bekas pemain bola kebangsaan sebagai jurulatih peringkat sekolah

Cadangan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya supaya kerajaan dapat mempertimbangkan agar bekas pemain bola sepak kebangsaan dijadikan jurulatih di peringkat sekolah disambut baik Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, pihaknya bersedia untuk meneliti cadangan itu untuk melihat bagaimana ia boleh direalisasikan.

“KBS bersedia untuk meneliti lebih lanjut ke peringkat tertinggi yang bersesuaian termasuk mesyuarat tertinggi jawatankuasa tertinggi pembangunan sukan melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandangkan cadangan itu bersifat rentas kementerian,” katanya di Dewan Rakyat.

BACA LAGI: 22 pembaharuan diperkenal KBS tercapai dalam tempoh sembilan bulan 

Mohd. Hisamudin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melontar cadangan agar bekas pemain bola sepak yang bermain lebih 50 kali untuk Malaysia dan mempunyai sijil kejurulatihan menjadi jurulatih di peringkat sekolah.

Menurutnya, cadangan itu merupakan antara perkara yang dibangkitkan oleh bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam pertemuan dengan FAM yang antara lain matlamatnya untuk memastikan pelajar-pelajar di sekolah dapat belajar teknik dan cara yang betul dalam permainan bidang bola sepak.

Beliau turut mencadangkan agar elaun juga diberikan kepada bekas pemain bola sepak yang memberi khidmat jurulatih di sekolah terbabit.

Related Articles

Back to top button