Semasa

MADANI bukan sekadar pacu ekonomi, tetapi seni dan budaya Islam juga – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mahu karya seni dan budaya Islam terus diperkasakan di bawah konsep Malaysia MADANI.

Perkara itu dinyatakan beliau melalui hantaran di laman X selepas merasmikan Pameran “Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan “Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) di Kuala Lumpir malam tadi.

“Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha murni IAMM selama 25 tahun dalam memelihara dan menjulang budaya, sejarah serta warisan Islam yang tercetus daripada keghairahan dan minat mendalam terhadap seni dan budaya, serta hasrat menonjolkan keindahan Islam melalui lukisan, ukiran, khat dan seni budaya termasuk dari rantau alam Melayu,” katanya.

Turut hadir ke majlis itu adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengarah IAMM, Syed Mohamad Albukhary.

BACA LAGI: Konsep MADANI tekankan ajaran Islam, namun inklusif untuk semua kaum

Anwar turut berkata, selaras dengan gagasan MADANI yang tidak sekadar tertumpu soal melonjak ekonomi atau kehidupan rakyat sahaja, malah ia turut termasuk seni dan budaya Islam kerana ia merupakan antara yang menjadi tunggak kebangkitan di rantau ini.

Justeru, beliau berharap supaya rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk memanfaatkan sepenuhnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang mempamerkan mengenai sejarah kesenian dan kebudayaan Islam.

“Saya tidak ingat berapa kali pelawat menanyakan saya mengenai muzium ini sebelum saya berpeluang memuji tarikannya.

“Sama ada untuk orang Islam atau mereka daripada agama lain, pengetahuan mengenai kebudayaan Islam seharusnya direkodkan dan disimpan.

“Saya juga berbisik kepada (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil supaya kita hebahkan lagi untuk ia menjadi tarikan tersendiri,” katanya dipetik ucapannya.

Related Articles

Back to top button