ekonomi

Malaysia komited, hargai kerjasama strategik dengan China

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen dan penghargaan atas kerjasama strategik dijalin dengan China.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata ia terutama dalam bidang pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur daripada syarikat-syarikat negara tersebut.

Penghargaan dan komitmen itu jelasnya telah dinyatakan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, OuYang Yujing dan delegasi China Communications Construction Company (CCCC) yang diketuai Pengerusinya, Wang Tongzhou di pejabatnya pada Selasa.

“Dalam perjumpaan ini, saya tekankan semula pendirian bahawa Malaysia amat komited dan menghargai kerjasama strategik dengan negara China terutamanya pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur daripada syarikat-syarikat China

“Selain itu, kami turut saling bertukar pandangan mengenai ekosistem pembangunan projek-projek mega terutamanya berkaitan infrastruktur pengangkutan dalam dan antara bandar.,” katanya.

BACA LAGI: Lawatan PM Anwar ke Nanning bakal jalin lebih banyak kerjasama ekonomi China- Malaysia

CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam pertemuan itu, Wang Tongzhou telah berkongsi pengalaman dan kemaskini semasa projek ECRL.

Selain itu, Anwar menegaskan bahawa semua pihak terlibat dalam ECRL termasuk kerajaan-kerajaan negeri perlu berganding bahu bagi memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Related Articles

Back to top button