Anwar

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan pasca rombakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet baharu yang pertama di Bangunan Perdana Putra selepas kepimpinan Kerajaan Perpaduan dirombak semalam.

Mesyuarat berkenaan dihadiri barisan Kabinet termasuk yang baharu dilantik semalam pada pukul 10 pagi tadi.

Anwar difahamkan memberikan taklimat berhubung peraturan, naratif dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan.

Secara kebiasaan, Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat secara mingguan pada setiap Rabu bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan.

Pada Selasa, Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Lima menteri baharu turut dilantik iaitu Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pelantikan baharu itu turut melibatkan Menteri Digital, Gobind Singh Teo dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri Kewangan II.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button