PM Anwar sampaikan sumbangan buat 150 pendukung asal gerakan reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyampaikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi program Program MADANI Kasih.
Setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi hadir mewakili perdana menteri bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam satu program di Kelab Tasik Putrajaya.
“Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan. Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.
BACA LAGI: EXEC LHDNM nyata hasrat jalin kukuh kerjasama dua hala dengan PMO
Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sementara itu turut berkongsikan beberapa gambar suasana di majlis berkenaan.
Sementara itu rata-rata warganet memuji perdana menteri yang walaupun sudah berada di puncak kuasa, namun tidak melupakan golongan akar umbi.
“Alhamdulillah..terima kasih YAB DS Anwar Ibrahim Yang terus menyantuni mereka yang memerlukan bantuan,” kata Aluwi Ismail II.