Politik

Fahmi nasihatkan pembangkang ‘yang kecewa’ agar fokus masalah rakyat

Kritikan pembangkang terhadap rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri dianggap sebagai luahan rasa kecewa tidak dapat berada dalam barisan jemaah menteri, kata Menteri Komunikasi.

Fahmi Fadzil ditemui pemberita pada Rabu berkata, rasa kecewa itu terutama sejak setahun ini pelbagai spekulasi dan dakwaan telah dibuat pembangkang termasuklah menjatuhkan kerajaan Perpaduan namun tidak berlaku.

“Yang kritik itu golongan yang kecewa tidak dapat jadi menteri, berada dalam barisan Jemaah Menteri.

“Sebelum ini mereka (pembangkang) cakap akan tubuh kerajaan pada bulan Ogos, kemudian Disember tapi akhirnya tidak ada apapun.

“Akhir sekali kita tengok ramai dalam kalangan wakil rakyat pembangkang sokong Perdana Menteri,” katanya dengan nada sinis.

BACA LAGI: Fahmi dan Gobind bakal bincang, kenal pasti peranan kementerian masing-masing

Fahmi berkata begitu sebagai mengulas Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang menyindir Anwar yang membesarkan anggota Kabinet daripada 28 kepada 31 orang.

Fahmi juga menegaskan, hakikat sebenarnya Kabinet yang ada hari ini jauh lebih baik dari sudut keupyaan dan pengalaman berbanding era Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Pada masa sama, beliau turut mengajak ahli-ahli di blok pembangkang supaya tampil menyuarakan kekecewaan supaya dapat mencari solusi bersama.

“Bagi mereka yang kecewa, saya nasihatkan jangan pendam rasa kecewa, tampillah ke meja rundingan seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, kita putuskan beberapa perkara, kita hidup berharmoni, rukun aman damai dan bentuk modus vivendi yang baharu supaya kita dapat fokus kepada masalah rakyat serta bangun bersama,” katanya.

Related Articles

Back to top button