Semasa

KPKM terus fokus tingkat pengeluaran padi negara

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), terus akan memberi fokus untuk meningkatkan pengeluaran padi di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu bakal dilaksana melalui pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah kepada industri tersebut.

“Fokus kementerian kita ialah memastikan makanan asasi utama iaitu beras mencukupi terutamanya beras tempatan

“Ia penting kerana beras merupakan makanan ruji rakyat selain tumpuan yang diberikan terhadap perkara itu adalah bagi memperkukuh agenda sekuriti makanan negara,” katanya.

BACA LAGI: KPKM jamin bekalan makanan mencukupi menjelang Ramadhan, Aidilfitri

Mohamad yang ditemui selepas menyempurnakan majlis penutup Hari Keusahawanan dan Kurikulum di Maahad Al-Ehya Assariff di Gunung Semanggol, Perak.

Sementara itu tambahnya, kerajaan juga dalam proses memperluas lokasi tanaman padi termasuk di Sabah dan Sarawak bagi merealisasikan usaha itu.

“Kita masih dalam proses perbincangan dan fokus terarah kepada mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi diperluas tanaman padi di kedua-dua negeri berkenaan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button