Semasa

Rombakan kabinet isyarat PM Anwar mahu wujudkan pentadbiran lebih mantap

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksana rombakan Kabinet perlu diterima baik dan dihormati.

Pengerusi Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia telah membuktikan Ahli Parlimen Tambun itu terbuka dalam menerima teguran dan pandangan pelbagai pihak terutama dalam keperluan semasa.

“Apa yang dilakukan oleh beliau (Anwar) perlu dihormati.

“Jadi saya harap semua yang diberi tanggungjawab itu mampu menggalasnya dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu program di Paser Putih pada Rabu.

Anwar mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Selasa.

BACA LAGI: Tuduhan Presiden Pas ibarat ‘menepuk air di dulang terkena percikan ke muka sendiri’

Beliau mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Antara yang menarik perhatian adalah pelantikan tokoh korporat, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke dalam barisan jemaah menterinya.

Wan Abdul Rahim sementara itu turut beranggapan rombakan di beberapa kementerian jelas memperlihatkan kesungguhan Anwar yang mahu sebuah kerajaan lebih mantap dalam mentadbir negara.

Related Articles

Back to top button