Negeri

Dr Zaliha tumpu isu miskin bandar dan penjaja kecil bagi memajukan lagi Wilayah Persekutuan

Isu kemiskinan bandar, miskin tegar dan penjaja kecil akan menjadi fokus serta tumpuan utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Menurutnya, fokus itu penting bagi memastikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sentiasa maju dan sentosa daripada sudut ekonomi dan pembangunan.

“Walaupun jumlah (miskin bandar) tak ramai, tapi ia tetap penting untuk ditangani.

“Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Labuan tempoh hari turut menekankan supaya Labuan dibangunkan daripada segi ekononi dan destinasi pelancongan.

“Saya yakin dengan kerja berpasukan daripada jabatan, kita akan maju ke depan,” katanya menghadiri taklimat bersama pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada Jumaat.

Dr Zaliha yang menggalas jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas berkata, agenda lain akan diberikan tumpuan termasuk isu pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, beliau juga mahu tiga Wilayah Persekutuan diberi keutamaan khusus bertepatan usia Wilayah Persekutuan yang akan mencapai usia 50 tahun.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button