Nasional

KDN sasar wujud dua lagi penempatan sementara kanak-kanak warga asing di Kelantan dan Sabah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mensasarkan untuk membina dua lagi penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing iaitu Baitul Mahabbah di Tanah Merah, Kelantan dan Miri Sarawak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini katanya, projek rintis terbabit bermula di Nilai, Negeri Sembilan sebelum dilaksanakan seterusnya di Papar, Sabah.

Katanya, Baitul Mahabbah adalah inisiatif baharu KDN iaitu sebuah premis menempatkan kanak-kanak bersama penjaga yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui operasi penguatkuasaan.

Beliau berkata, terdapat 21 depot termasuk dua Baitul Mahabbah yang mana ia mampu menempatkan kapasiti sehingga 20,000 tahanan.

“Buat masa ini, ia diisi sekitar 12,400 tahanan. Daripada kelompok itu, terdapat kategori kanak-kanak yang di bawah umur 18 tahun dengan bilangan lebih kurang 1,400 orang.

“Premis asal depot itu keadaannya sudah tentu kurang kondusif untuk didiami oleh kanak-kanak. Dari sinilah lahirnya idea bahawa ada keperluan (untuk membina Baitul Mahabbah).

“Ada keperluan mendesak untuk kita mengadakan satu premis penjagaan yang berasingan untuk kanak-kanak dari bayi sehingga 11 tahun. Kita tempatkan mereka secara berasingan tapi masih di bawah kawal selia jabatan berkenaan,” katanya demikian sidang media selepas merasmikan Baitul Mahabbah di Depot Imigresen Papar, di Sabah, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh; Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Saifuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Belanjawan 2024 pada Oktober lalu memperuntukkan kepada KDN sebanyak RM10 juta untuk projek pembinaan Baitul Mahabbah.

“Jadi, sasaran kami akan ada dua lagi pembukaan selepas Nilai dan Papar, direncanakan untuk buka di Kelantan dan Sarawak sebagai permulaan kepada usaha ini.

“Kita akan buat semakan dan kita akan tengok keadaan sedia ada. Kalau perlu kita naik taraf, kita naik taraf dan sebagainya.

“Mengenai persoalan berapa lama mereka akan berada di sini, ia bergantung kepada tempoh dokumen perjalanan disediakan oleh pihak kedutaan negara mereka.

“Lagi cepat (dokumen perjalanan disediakan), lagi cepat dapat buat penghantaran pulang,” katanya.

Baitul Mahabbah Papar dengan kapasiti 100 orang ketika ini menempatkan seramai 62 penghuni membabitkan 44 kanak-kanak bersama 22 penjaga.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button