Semasa

Kebajikan pesara terbela, Jemaah Menteri setuju bantuan PKKP diteruskan

Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Dr Zulkapli melalui satu kenyataan pada Khamis berkata, pemberian khas itu telah dipersetujui kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan.

“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” katanya.

Pentadbiran Datuk Seri Anwar sebelum ini telah memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

BACA LAGI: PM Anwar beri jaminan pencen pesara tidak akan dikurangkan

Pada Rabu, Anwar memberi jaminan pentadbirannya akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini.

Jaminan itu dilontar beliau dalam ucapan di majlis makan malam Sumbangan Kasih Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dan Yayasan Alumni PTD di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur,

Related Articles

Back to top button