Sukan

KBS galak lebih banyak acara e-sukan bertaraf dunia, mahu Malaysia jadi hab Asia Tenggara

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan lebih banyak acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara.

“Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat.

“Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One.

“KBS ingin menjemput lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini.

“Semoga dengan usaha ini ia dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia,” katanya pada majlis sidang media ESL One Kuala Lumpur 2023 di Sheraton Imperial Hotel KL pada Jumaat.

BACA LAGI: KBS sambut baik cadangan bekas pemain bola kebangsaan sebagai jurulatih

Kejohanan ESL One bertaraf global dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia.

Sebanyak 12 pasukan terbaik dunia yang berentap dalam permainan DOTA bersaing untuk merebut satu daripada enam tempat di play-off ESL One selain wang tunai berjumlah US$1 juta (RM4.6 juta).

Kejohanan antarabangsa itu, yang masuk tahun keempat, bermula pada 11 Dis lepas dan berakhir Ahad ini.

Related Articles

Back to top button