Semasa

Menteri kesihatan gesa ED tumpu khidmat beri rawatan, bukan sibuk isu pakaian

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) dipertingkatkan.

Melalui satu hantaran di aplikasi X Dzulkefly berkata, keutamaan perlu diberikan berdasarkan tahap kesakitan seseorang pesakit yang hadir bagi mendapatkan rawatan ke hospital dan bukanlah bertumpu kepada pakaian seseorang pesakit.

“Kita mahu peningkatan perkhidmatan kesihatan di ED terkait ‘TRIAGING’ memberi pesakit, ‘triage’ berdasarkan ‘severity illnesses’ dan bukan terkait hal pakaian seseorang pesakit,” katanya.

Kenyataan itu sebagai mengulas isu seorang warga emas yang dilarang melawat pesakit di sebuah hospital kerajaan kerana berseluar pendek.

Dalam perkembangan berbeza, Dzulkefly juga mengulas bahawa proses saringan yang didakwa dilakukan selepas lima jam pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) adalah tidak wajar.

“Kematian di HSAH selepas tunggu lima jam untuk ‘ditriage’, tak wajar berulang,” katanya.

BACA LAGI:Dr Dzulkefly tekad laksana agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh

KKM sebelum ini dilapor menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di HSAH seperti yang ditularkan di media sosial Khamis lalu.

HSAH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Related Articles

Back to top button