ekonomi

Penyedia dana modal teroka digesa berganding tenaga kukuh ekosistem pembiayaan

Penyedia dan pengurus dana modal teroka telah diminta untuk berganding tenaga dalam mengenal pasti usaha dan inisiatif bagi mengukuhkan ekosistem pembiayaan modal untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu sebagai mengulas mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) kali kedua bagi tahun 2023 yang dipengerusikannya semalam.

“Ini adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital dan ekosistem inovasi di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook beliau.

BACA LAGI: Panduan Pasaran Modal Islam Malaysia berasaskan Maqasid Al-Syariah dilancarkan

Selain itu, Anwar berkata, MED4IRN turut bersetuju dengan cadangan Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan Malaysia berada pada kedudukan 20 teratas ekosistem syarikat pemula Global menjelang 2030.

Pelan ini turut menggariskan usaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau, katanya.

Melalui perkongsian tersebut Anwar turut memaklumkan ia turut dihadiri menteri-menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan yang terdiri daripada wakil sektor swasta, industri, akademik, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil.

Related Articles

Back to top button