PM mahu tingkat kerjasama ekonomi dengan Jepun sempena lawatan rasmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa hasrat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, pelaburan serta perdagangan dengan Jepun.
Perkara itu dinyatakan bersempena lawatan rasminya ke negara matahari terbit itu bagai menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun dari dari 16 hingga 18 Disember ini.
“Perbincangan tentu (untuk) tingkat kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan dengan negara Jepun,” kata ketika ditemui pemberita di Bandar Baru Bangi pada Jumaat.
Bertemakan “Golden Friendship, Golden Opportunities”, sidang kemuncak itu memberikan peluang mengimbau kembali kerjasama semenjak 50 tahun yang lepas, di samping merangka perjalanan untuk masa depan selain memastikan ASEAN dan
Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia. Pada tahun 2022, perdagangan dengan Jepun bernilai RM181.51 bilion (US$4.21 bilion), menyumbang 6.4 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia.
BACA LAGI: Kerajaan raih pelaburan hampir RM350 bilion, berjaya turunkan tekanan inflasi
Sejak Januari lalu, Malaysia setakat ini telah meraih komitmen pelaburan dengan nilai lebih RM347 bilion sepanjang lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan diadakan perdana menteri di luar negara.
Anwar pada membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Negara pada Rabu berkata pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.