JDT raikan sambutan dominasi Liga Super secara besar-besaran
Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan sambutan sedekad dominasi Liga Super secara besar-besaran malam tadi.
Sambutan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Putri itu sebagai simbolik kepada pencapaian luar biasa Harimau Selatan itu.
Sambutan diserikan dengan pertunjukan bunga api dan 1,000 dron bercahaya yang menerangi langit Iskandar Puteri selain persembahan artis tempatan dan antarabangsa seperti Tuju, Loca, French Montana, Vegedream serta Jabbawockeez.
BACA LAGI: KBS galak lebih banyak acara e-sukan bertaraf dunia, mahu Malaysia jadi hab Asia Tenggara
Selain itu, acara JDT Fan Fest 2023 turut diadakan di stadium itu sejak 8.30 pagi dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah, permainan interaktif dan e-sukan.
JDT juga menyediakan skrin gergasi di setiap daerah untuk penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium menyaksikan kehangatan sambutan itu.
Terdahulu, JDT menamatkan aksi terakhir Liga Super dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.
Kemenangan itu turut menyaksikan JDT merekodkan gol ke-100 pada liga musim ini selepas mengesahkan kejuaraan pada September lepas.