Semasa

Kerja naik taraf 151 Pos PGA berjalan baik – Menteri KDN

Prestasi pelaksanaan projek naik-taraf 151 Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara yang dijangka siap sepenuhnya bulan ini berjalan sangat baik dan mengikut peraturan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengulas projek membabitkan peruntukkan RM45 juta itu berkata, salah satu pos terlibat di daerah Kalabakan sudahpun berjaya dilaksanakan sekitar 90 peratus.

Menurutnya, bajet projek berkenaan diluluskan Perdana Menteri pada Jun lepas dengan arahan khusus segera naik-taraf Pos-Pos PGA di negara ini.

Ia bagi memastikan anggota mendapat keselesaan sepanjang melaksanakan penugasan di sempadan negara.

Ditanya berkenaan penambahan Pos PGA di Pantai Timur Sabah, beliau berkata pihaknya ada menerima cadangan tersebut, namun ia belum dimuktamadkan kerana perlu melalui dua lagi peringkat sebelum diluluskan.

BACA LAGI: KDN lulus RM150 juta untuk pembinaan IPD Kalabakan

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Saifuddin memaklumkan telah menerima taklimat berhubung keperluan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau semasa lawatan kerjanya.

Susulan itu jelasnya beliau akan berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan tersebut.

“Saya telah diberikan taklimat ringkas oleh ACP Jasmin (OCPD Tawau) berhubung keperluan semasa IPD Tawau dan status indeks jenayah terkini di sekitar Tawau.

Saya optimis akan bantu sebaik mungkin segala keperluan mendesak buat warga IPD Tawau sebentar tadi . Doakan !” kata Saifuddin melalui hantaran tersebut.

Related Articles

Back to top button