Mahkamah

Pegawai polis sebabkan kematian calon SPM didakwa dibawah Seksyen 302 hari ini

Pegawai kanan polis yang melanggar mati seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh Perak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, hari ini atas kesalahan membunuh

Melalui satu kenyataan malam tadi, Jabatan Peguam Negara berkata, pendakwaan itu susulan hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan.

“Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.

BACA LAGI: KPM tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zaharif, mahu siasatan dijalankan segera

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Susulan itu, pemandu yang berusia 44 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah direman selama tiga hari bermula Sabtu.

Difahamkan insiden berlaku kerana lelaki itu tidak puas hati dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Di media sosial, warganet menyatakan rasa kecewa atas perbuatan tertuduh dan mahu keadilan diberikan buat keluarga Muhammad Zaharif.

Related Articles

Back to top button