Global

PM Anwar dan isteri hadiri upacara prapencahayaan sempena Sidang Kemuncak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri upacara prapencahayaan di Azabudai Hills, Tokyo malam tadi.

Acara itu yang diadakan di tingkat 33 dan 34 perkampungan moden yang terdiri daripada tiga bangunan pencakar langit dijalankan secara simbolik denagn melepaskan tanglung di dalam tingkat terbabit selepas 6 petang.

Selain dihadiri pemimpin ASEAN dan isteri masing-masing, acara itu turut diiringi para pelajar dari ASEAN dan Jepun.

BACA LAGI: Anwar, Kishida gesa reformasi PBB selari realiti geopolitik abad ke-21

Momen bersejarah ini turut disusuli lagu rasmi ASEAN dan pengiraan detik, dengan acara kemuncak yang menyaksikan Menara Tokyo bermandikan cahaya warna-warna ASEAN.

Usai sesi bergambar kenangan, para pemimpin terbabit dengan pasangan masing-masing menghadiri majlis makan malam di Hotel Okura di mana Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun berlangsung siang tadi.

Majlis makan malam itu menjadi acara kemuncak persidangan yang berlangsung pada Ahad..

Para pemimpin ASEAN dijadualkan akan menyertai program terakhir anjuran tuan rumah iaitu Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Jepun-ASEAN (AZEC) hari ini.

Related Articles

Back to top button