ekonomi

Cukai LVG untuk beri kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan – MOF

Pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang bakal dikuatkuasa Januari depan bertujuan untuk memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan.

Kementerian Kewangan (MoF) melalui satu kenyataan pada Isnin berkata, cukai jualan LVG diimport asalnya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 April tahun ini, namun ditangguh bagi membolehkan Kerajaan mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri untuk memperhalusi isu-isu pelaksanaan bagi memastikan pelaksanaan cukai ini dapat mencapai objektif.

Tambah kenyataan itu lagi, secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir di Malaysia.

Namun terdapat ‘loophole’ dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual dan kerajaan mahu menangani perkara tersebut.

“Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal (brick and mortar) di Malaysia,” kata MoF.

BACA LAGI: Cukai LVG hanya untuk barang import nilai rendah – Menteri Komunikasi

MoF dalam kenyataan sama turut menegaskan, cukai jualan pada kadar 10% dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Ia bagaimanapun tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan

Related Articles

Back to top button