Anwar

PM Anwar rasmi Anugerah Buku Negara 2023, adakan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di UPSI esok

Program Dialog Mahasiswa Temu Anwar yang memberi ruang kepada masyarakat, khususnya pelajar universiti untuk mengutarakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri akan diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Khamis ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terlebih dahulu menyempurnakan majlis perasmian Anugerah Buku Negara (ABN) 2023 pada jam 11 pagi.

Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, menerusi hantaran di Facebook mengajak semua warga UPSI menyertai program tersebut.

“Diharapkan semua mahasiswa dan seluruh kakitangan UPSI untuk hadir ke program tersebut dan kehadiran adalah wajib bagi semua mahasiswa UPSI,” katanya.

Penganjur bagi program tersebut ialah Yayasan Pembangunan Buku Negara, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPSI.

ABN dianjurkan bagi mengiktiraf warga kerja industri perbukuan di Malaysia yang bermula sejak tahun 2005.

Penganjuran ABN menepati Dasar Buku Negara yang mengalakkan mana-mana pihak menganjurkan anugerah atau skim galakan bagi mengikitraf pengiat industri perbukuan negara.

Orang ramai boleh saksikan siaran langsung di semua saluran Radio Televisyen Malaysia.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button