Semasa

Kerajaan tidak akan ‘tunggang’ nama Melayu untuk biar duit rakyat ‘dirembat’ – Rafizi

Kerajaan Perpaduan tidak akan ‘tunggang’ nama Melayu untuk kepentingan pihak tertentu, tegas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata begitu melalui satu hantaran di laman Facebooknya sebagai menyelar tindakan pembangkang yang sering mempersoalkan agenda ekonomi bumiputera di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Tambah Rafizi, pembangkang sering cuba mengambarkan diri mereka membela Melayu apabila bercakap mengenai agenda ekonomi Bumiputera sedangkan pentadbiran mereka terpaling isu dana seperti yang berlaku dalam projek Jana Wibawa.

“Saya perhatikan ahli Parlimen pembangkang (terutama BERSATU) sering bertanya mengenai agenda ekonomi Bumiputera yang dibawa Kerajaan Perpaduan.

“Saya faham lenggok pertanyaan mereka, konon menunjukkan mereka membela Melayu.

“Ikut hati, saya ingin jawab mudah sahaja, Insya-Allah kami tidak akan menunggang nama Melayu untuk beberapa kerat ‘rembat’ duit Jana Wibawa yang akhirnya di ‘Ali Babakan’ kepada syarikat bukan Melayu,” katanya.

BACA LAGI: Rafizi mulakan podcast, cabar pengkritik untuk berdepan dengannya

Tegas Rafizi, kerajaan akan meningkatkan sumbangan dalam sektor berkenaan menerusi pemerkasaan perniagaan bumiputera dan penskalaan perniagaan mikro, kecil serta sederhana supaya naik ke takuk lebih atas dan usaha memperkasakan perniagaan Bumiputera perlu digerakkan seiring.

“Kerajaan akan menggunakan pendekatan baharu dalam merangka dasar bagi memperkasa ekonomi Bumiputera yang berdaya saing dan boleh berdiri sendiri.

“Program ekonomi Bumiputera akan dilaksana secara berhati-hati untuk mengelakkan pergantungan kepada bantuan yang boleh mengikis daya saing.

“Sementara agensi kerajaan terus membangunkan program untuk membantu ekosistem perniagaan bumiputera, peniaga perlu mengembangkan perniagaan mereka berasaskan 3P iaitu product, problem, people (produk, masalah dan manusia) bagi mengelakkan tragedi Jana Wibawa berulang kembali,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button